


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Ya, anda tidak tersalah baca. Sememangnya anda boleh terus enjoy merokok walaupun anda sedang di dalam proses berhenti merokok. Jika anda tidak merokok, saya tidak mahu mengajak anda mencuba rokok elektronik Super Cigarette ini walau pun ianya adalah satu-satunya cara merokok yang paling selamat...! Malah saya katakan pada anda, inilah satu-satu nya cara anda dapat berhenti merokok dengan mudah. Bahkan ianya amat menyeronokkan dan anda langsung tidak tertekan.
Mari saya jelaskan bagaimana saya boleh membantu anda.
Anda Boleh Berhenti Merokok degan Cara yang Mudah, Berkesan & Menyeronokkan
|
Sekiranya anda pernah membuat percubaan berhenti merokok, anda pasti akui sememangnya ia amat mencabar. Hampir 70% di kalangan perokok yang telah mencuba berhenti merokok menemui kegagalan. Di antara sebab-sebab utama kegagalan ialah tidak dapat menahan dari ketagihan nikotin dan juga tidak dapat mengekangkan diri dari tabiat menghisap rokok ketika melakukan sesuatu perkara.
Dengan Rokok elektronik Super Cigarette, anda akan dapat menghilangkan 100% rasa ketagihan nikotin tanpa apa-apa tekanan perasaan. Ini adalah kerana dengan Super Cigarette anda dapat mengurangkan pengambilan nikotin secara perlahan-lahan mengikut keselesaan anda. Sebab itulah rokok elektronik Super Cigarette begitu efektif dan telah pun berjaya membantu ramai perokok.
Rokok elektronik Super Cigarette mengeluarkan wap (vapour) yang menyerupai asap rokok biasa. Wap ini tidak membahayakan kerana ia bukanlah hasil pembakaran. Bahan yang digunakan pula adalah di antara bahan biasa yang digunakan di dalam makanan dan juga ubatan.
Oleh kerana wap yang dihisap itu tidak membahayakan, maka selama mana anda di dalam proses mengurangkan ketagihan nikotin seperti yang saya sebutkan tadi, anda boleh terus bebas merokok menggunakan rokok elektronik Super Cigarette sepertimana kebiasaan anda.
Dalam masa anda meneruskan tabiat merokok dengan selesa dan bebas, anda kini boleh menguruskan kadar pengambilan nikotin. Bermula dengan katrij yang mengandungi nikotin tinggi, anda boleh beransur-ansur mengurangkan kadarnya dengan menukar kepada katrij yang kandungan nikotinnya sederhana, kemudian kepada rendah dan seterusnya kepada kandungan nikotin kosong. Anda boleh lakukan ini mengikut keselesaan anda supaya anda tidak merasa terlalu tertekanan.
Apabila anda telah selesa dengan katrij nikotin kosong, bermakna ketagihan nikotin telah dapat anda hilangkan.
Ya, kaedah ini telah berjaya membantu ramai perokok berhenti dengan begitu mudah dan berkesan sekali. Bahkan ia amat menakjubkan dan amat menyeronokkan!.
Anda Boleh Terus Enjoy Merokok dengan Lebih Selamat, Dimana Jua Tanpa Mengancam Sesiapa Pun
|
Sekiranya anda belum bercadang untuk berhenti merokok, hisaplah rokok tanpa mengancam kesihatan diri anda, tanpa membahayakan insan kesayangan anda serta tanpa mencemarkan persekitaran anda!
Rokok elektronik Super Cigarette dapat menyelamatkan anda dari ancaman bahaya lebih 4,000 jenis asap kimia yang anda sedut apabila menghisap rokok biasa. Ini kerana Super Cigarette tidak membakar apa-apa. Ia hanya mengeluarkan wap (vapour) dari larutan nikotin yang terkandung di dalam katrij.
Bahan pelarut yang digunakan biasanya adalah samada propylene glycol atau pun vegetable glycerine yang biasa digunakan di dalam makanan, ubat-ubatan dan sebagainya.
Ya... dengan Super Cigarette, bukan saja anda boleh berubah menjadi lebih sihat, bahkan anda tidak lagi dikatakan mencemari persekitaran, kerana tiada lagi asap merbahaya. Orang di sekeliling anda kini merasa lebih selamat. Persekitaran anda juga menjadi lebih bersih kerana tiada lagi habuk mahu pun puntung rokok.
Kini Anda Boleh Bebas Merokok...
- Di Dalam Pejabat
- Ketika Bermesyuarat
- Di Dalam Kenderaan
- Di Bilik Tidur
- Ketika Menonton
Apa Dia Rokok Elektronik Super Cigarette
|
Rokok Elektronik Super Cigarette adalah suatu inovasi teknologi yang mengambil alih peranan rokok biasa sebagai alternatif untuk anda, samada anda bercadang untuk berhenti merokok atau sebaliknya.
Inovasi ini adalah berlandaskan Terapi Gantian Nikotin atau Nicotine Replacement Therapy (NRT) yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebagai salah satu cara dalam menyelesaikan masalah ketagihan merokok.
Mengikut beberapa kajian, Terapi Gantian Nikotin secara amnya (melalui beberapa kaedah) telah berjaya membantu ramai perokok berhenti merokok. Rokok elektronik adalah inovasi terbaharu di dalam mengguna pakai kaedah Terapi Gantian Nikotin.
Untuk tidak mencabut kepuasan merokok secara drastik, rokok elektronik Super Cigarette direka supaya fizikal serta perjalanannya masih menyerupai rokok biasa.
Kelihatannya seperti rokok. Rasanya seperti rokok. Asapnya seperti rokok. Kerlipan apinya juga seperti rokok.
Asas rokok elektronik Super Cigarette terdiri dari tiga komponen utama, iaitu bateri, atomizer dan katrij. Ia seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.
Baterinya mempunyai litarmikro di dalamnya serta lampu LED di hujungnya. Apabila dihisap, lampu LED akan menyala seakan-akan api rokok. Lampu LED ini juga akan memberi petunjuk apabila bateri perlu dicaj dan sebagainya. Keterangan lanjut mengenai perkara-perkara teknikal ada terdapat di dalam manual pengguna yang di sertakan di dalam pek permulaan rokok elektronik Super Cigarette ini.
Disambungkan pada bateri, adalah atomizer beserta katrij larutan nikotin. Apabila anda memasang ketiga-ketiga komponen rokok elektronik Super Cigarette ini, bermakna ia berada di dalam mod bersedia (standby). Kuasa bateri akan hanya digunakan apabila anda menghisapnya.
Apabila rokok elektronik Super Cigarette ini dihisap, udara akan memasuki ruang atomizer. Udara tersebut akan seterusnya melalui bahagian dalam katrij di mana pengwapan larutan nikotin berlaku. Wap inilah yang menyerupai asap apabila dihembus oleh penghisap.
Wap yang dihembus itu bukan lagi asap merbahaya. Ia tidak membahayakan kesihatan anda dan insan kesayangan anda.
Bukankah ini suatu cara anda boleh menikmati rokok dengan lebih bebas tanpa mengancam sesiapa jua?
“Mari Transformasikan Diri Anda Menjadi Seorang Yang Lebih Bersih, Lebih Berseri, Lebih Segar, Lebih Sihat, Lebih Mesra Alam dan Dilihat Lebih Bertimbang Rasa, Lebih Berhemah serta Lebih Penyayang...
...Menjadikan Diri Anda Lebih Disenangi, Lebih Didekati, Lebih Ceria, Lebih Bahagia, Lebih Disukai, Lebih Dihormati dan Lebih Diingati!”
Apa Anda Boleh Dapat Dengan Rokok Elektronik Super Cigarette?
|
Kesihatan Anda Meningkat
Kesihatan anda menjadi jauh lebih baik walau pun anda masih merokok menggunakan rokok elektronik Super Cigarette kerana anda tidak lagi menyedut asap beracun. Anda kini bebas daripada tar, pencemaran asap dan bahan-bahan penyebab kanser.
Kesihatan Orang yang Anda Kasihi Tidak Lagi Terancam
Dengan rokok elektronik Super Cigarette, anda tidak lagi menghembus asap 2nd hand. Orang-orang yang anda kasihi kini tidak lagi terancam dengan risiko kanser.
Anda Kini Sebagai Penyumbang kepada Pemurnian Persekitaran
Apabila anda menggunakan rokok elektronik Super Cigarette, bermakna anda tidak lagi mencemarkan persekitaran. Malah anda adalah di antara penyumbang kepada pemurnian persekitaran. Orang di sekeliling anda merasa lebih selesa dan lebih selamat mendampingi anda.
Anda Menjadi Lebih Mesra Alam
Oleh kerana anda tidak lagi mencemari persekitaran dengan asap, habuk dan sebagainya, anda kini menjadi lebih mesra alam.
Perbelanjaan Anda Lebih Menjimatkan
Sekiranya anda berhenti merokok, sudah tentulah ia menjimatkan perbelanjaan anda. Malah ketika anda masih mahu meneruskan merokok dengan rokok elektronik Super Cigarette sekali pun, penjimatannya juga begitu ketara.
Bukan sekadar penjimatan kos rokok, bahkan hasil dari peningkatan kesihatan anda serta keluarga, juga akan menambahkan lagi penjimatan wang, masa dan tenaga anda.
Kehidupan Anda Menjadi Lebih Bahagia
Kehidupan sihat tanpa ancaman pencemaran asap beserta keluarga yang sihat sudah tentulah lebih membahagiakan.
Memberikan Anda Lebih Keselesaan serta Keseronokan
Anda kini tidak lagi memerlukan pemetik api atau mancis dan tidak lagi memerlukan bekas abu.
Jika anda keluar untuk jangkamasa yang singkat, anda hanya perlu membawa sebatang rokok kerana satu katrij memberikan anda lebih kurang 100 hisapan. Sekiranya jangkamasanya lebih lama sedikit, mungkin anda memerlukan beberapa spare katrij dan mungkin juga spare bateri. Bateri yang bercas penuh berupaya menampung sehingga lebih kurang 300 hisapan.
Anda Boleh Berhenti Merokok dengan Lebih Mudah dan Lebih Efektif
Dengan mengawal pengambilan nikotin mengikut keselesaan diri anda, secara beransur-ansur, InsyaAllah anda dapat berhenti merokok dengan lebih mudah dibanding dengan kaedah-kaedah lain. Dan cara ini telah terbukti amat efektif.
Tiada Lagi Bau Rokok pada Pakaian, Badan dan Nafas
Dengan rokok elektronik Super Cigarette pakaian anda, tubuh badan serta nafas anda tidak lagi berbau rokok. Orang lain yang bukan perokok terutamanya menjadi lebih selesa mendampingi anda.
Bau Badan, Nafas serta Pakaian Anda Kini Lebih Segar dan Lebih Menyenangkan
Dengan beralih kepada rokok elektronik Super Cigarette, InsyaAllah nafas anda, badan serta pakaian anda kini menjadi lebih segar tanpa bau rokok lagi.
Tiada Lagi Mimpi Ngeri
Anda tidak lagi ditakutkan dengan gambar-gambar ngeri yang dilekatkan pada kotak-kotak rokok. Selamat tinggal kepada gambar-gambar mengerikan.
Set Rokok Elektronik Super Cigarette
|
Setiap set permulaan rokok elektronik Super Cigarette terdiri dari:
2 x bateri (lithium)
1 x atomizer
1 x charger
1 x kabel charger
5 x katrij (1 kotak)
1 x manual pengguna

Satu katrij boleh menampung sehingga 100 hisapan penuh, yang bersamaan lebih kurang 7 atau 8 batang rokok biasa. Jadi, satu kotak katrij memberikan anda antara 35 hingga 40 batang rokok biasa.
Kandungan nikotin yang terdapat di dalam katrij yang dibekalkan bersama set permulaan ini adalah:
- 2 unit katrij bernikotin tinggi (bersamaan 1/6 kandungan nikotin di dalam rokok biasa).
- 1 unit katrij bernikotin sederhana (bersamaan 1/10 kandungan nikotin di dalam rokok biasa).
- 1 unit katrij bernikotin rendah (bersamaan 1/12 kandungan nikotin di dalam rokok biasa).
- 1 unit katrij bernikotin kosong (tanpa nikotin).
Walau bagaimana pun, anda mempunyai pilihan membuat pesanan tambahan katrij samada kandungan nikotinnya 'Tinggi', 'Sederhana', 'Rendah', 'Kosong' atau pun 'Campuran' (2-Tinggi, 1-Sederhana, 1-Rendah, 1-Kosong).
Jaminan
Anda tidak perlu risau tentang kualiti kerana tempoh jaminan bagi rokok elektronik Super Cigarette adalah satu(1) tahun dari tarikh anda menerima produk ini. Jaminan ini tidak termasuk bateri.
Jaminan Bateri
Walau pun pada kebiasaannya pembekal-pembekal peralatan elektronik tidak memberi jaminan ke atas bateri, kami tetap memberikan anda jaminan ke atas bateri kami selama 30 hari.
Adalah sukar untuk menentukan sebab-sebab kerosakan yang berlaku ke atas bateri, kerana ia amat bergantung kepada beberapa faktor seperti:
- Berapa kerap anda gunakannya.
- Bagaimana anda mengecasnya.
- Tahap kepenuhan/kekosongan bateri sebelum anda menggunakan atau mengecasnya.
- Keadaan persekitaran seperti suhu dan kelembapan.
Bagi menjaga ketahanan bateri, ada beberapa langkah yang perlu diberi perhatian:
- Apabila menerima bateri baru, caskan sehingga penuh sebelum anda mula menggunakannya.
- Jangan dibiarkan bateri menjadi kosong pada tempoh yang terlalu lama tanpa dicas.
- Aktifkan bateri dengan selalu menggunakannya dan mengecasnya apabila kosong.
- Cas hanya apabila kosong dan berhenti mengecas hanya apabila penuh.
Secara amnya jangka hayat bateri adalah sekurang-kurangnya 200 kali caj, bergantung kepada cara penggunaannya. Bermakna 2 bateri yang disertakan bersama kit permulaan rokok elektronik Super Cigarette memberikan anda sekurang-kurangnya penggunaan sehingga 400 kali caj.
Dengan mengandaikan tahap penggunaan yang sederhana, satu bateri adalah cukup untuk kegunaan sehari. Maka kedua-dua bateri tersebut Insya Allah dapat bertahan sehingga melebihi 1 tahun.
PERHATIAN
Sebelum anda membuat penghantaran untuk pembaikan atau gantian jaminan sebaiknya anda menghubungi saya terlebih dahulu samada melalui telefon (013-3416154) atau email (shop.hjsmael@gmail.com).
Ini adalah suatu pelaburan baik untuk masa depan anda, keluarga serta masyarakat. Di samping ianya menangani masalah kesihatan, ia juga menangani masalah pencemaran yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh alam.
Kit Permulaan
Satu set kit permulaan rokok elektronik Super Cigarette hanya memerlukan pelaburan sebanyak RM280.00. Memandangkan jaminannya 1 tahun, sudah tentulah anda boleh menjangkakan hayatnya melebihi satu tahun.
Sebagai perkhidmatan sokongan untuk anda, saya juga menyimpan alat ganti bagi mempercepatkan proses gantian samada dalam tempoh jaminan atau di luar jaminan.
Katrij & Refill
Sekotak katrij yang kira-kira besamaan antara 35 hingga 40 batang rokok biasa hanya berharga RM18.00.
Untuk hisapan yang lebih menjimatkan, anda boleh menggunakan refill yang ditambah ke dalam katrij yang telah kering atau telah terpakai.
Refill rokok elektronik ini yang juga dipanggil e-liquid, anda boleh dapatinya di dalam berbagai perisa seperti, perisa dunhill, perisa marlborro, perisa mint dan perisa vanilla, perisa strawberry, perisa kopi dan sebagainya. Ia juga anda boleh dapati di dalam berbagai-bagai tahap kandungan nikotin, dari tinggi sehingga kosong. Lebih 90% daripada refill ini adalah diimpot.
Buat masa ini saya hanya mempunyai stok refill tanpa nikotin berperisa vanilla, buatan tempatan yang diadun menggunakan bahan-bahan yang selamat. Harganya jauh lebih rendah dari refill yang diimpot.
Kos refil tempatan tanpa nikotin adalah hanya RM20.00
“Apakah yang Lebih Berharga Di Dalam Kehidupan Ini Selain dari Anda Mencintai dan Dicintai?”
“Buktikan Cinta Anda kepada Anak Isteri Tersayang!
Utamakan Kebahagiaan dan Kesejahteraan Hidup!
Selamatkan Diri Anda serta Keluarga dari Ancaman Bahaya Asap Rokok!”
“Berhenti Merokok
atau
Merokoklah Dengan Selamat!”
“Super Cigarette adalah
Alternatif Terbaik untuk Anda!”
Apakah anda akan terus menerus mengatakan YA! kepada tabiat merokok yang telah terbukti membahayakan itu sedangkan sekarang di hadapan anda ternyata suatu alternatif yang dapat membawa perubahan kepada dunia anda?
- Sanggupkah anda melihat anak isteri bermurung kerana anda terlantar sakit?
- Sanggupkah anda melihat anak atau isteri anda menderita sakit yang puncanya adalah dari asap rokok?
- Sanggupkah anda dikatakan tidak sayangkan diri sendiri?
- Sanggupkah anda dituduh sebagai penyebab masalah kesihatan anak atau isteri tercinta?
- Sanggupkah anda dianggap sebagai seorang yang hanya mementingkan diri sendiri?
Siapa juga di antara kita tidak akan sanggup dengan perkara-perkara seperti yang tersenarai di atas. Maka inilah peluang bagi anda membuat perubahan yang boleh dikira kecil langkahnya tetapi besar pengaruhnya di dalam kehidupan anda serta orang-orang yang mencintai anda.
Anda tetap tidak akan rugi dengan rokok elektronik Super Cigarette ini kerana samada anda berniat untuk berhenti merokok atau sebaliknya, ianya tetap bermanfaat kepada anda.
“Samada anda bercadang untuk berhenti merokok, atau anda sedang berusaha keras untuk berhenti merokok, atau anda belum berminat untuk berhenti merokok, ini adalah satu satunya peluang keemasan bagi mengubah gaya hidup anda kepada gaya hidup yang lebih selesa, lebih hygienic, lebih berbahagia, lebih mesra dan lebih selamat... Dengan Mudah dan Menyeronokkan!”
“Berhenti Merokok
atau
Merokoklah Dengan Selamat!”
“Super Cigarette adalah
Alternatif Terbaik untuk Anda!”
Terima kasih, tahniah dan selamat menikmati gaya hidup baru.
Hubungi Kami (Contact Us)
|
Sekiranya anda berminat sila hubungi kami dengan cara sms/call/email:
If interested, please contact us by sms/call/email:

HJ AHMAD BIN HJ YUNUS
Website: http://www.ringgitbuilder.com
Email: ringgitbuilder@gmail.com
HP: 017-8828078
Hak Cipta Terpelihara 2009 RinggitBuilder.Com
Disclaimer: Ini adalah laman web peribadi. Ia bukan laman web rasmi syarikat yang disertai. Contoh-contoh pendapatan adalah simulasi sahaja dan tidak boleh digunakan untuk apa jua tuntutan. Pendapatan sebenar bergantung kepada usaha setiap peserta dan syarat-syarat syarikat yang dipromosikan. RinggitBuilder.com tidak menjamin sebarang pendapatan tanpa disertakan dengan usaha setiap ahli. Sekiranya terdapat data/infomasi yang bercanggah dengan syarikat-syarikat yang dipromosikan, maka data/infomasi syarikat-syarikat tersebut akan mengatasi (over-ride) data/infomasi yang terdapat didalam web ini (dan juga web-web yang ada link dengannya) dan mestilah diambil kira sebagai data/infoamsi yang terkini, benar dan betul. Peluang pendapatan (jika ada disebutkan) perlu dimulakan dangan usaha anda, dan RinggitBuilder.com tidak menjanjikan peluang yang selalu diungkapkan seperti 'Duduk Diam-Diam Dapat Duit'.