Mahukah anda membuat pinjaman peribadi, perumahan & kenderaan tanpa menggunakan duit dari poket anda sendiri untuk membuat bayaran balik setiap bulan dan tanpa riba'? Disini ada caranya...

Hanya Dengan 3R (Rujuk, Raih & Raikan)

RUJUK 6 sahabat dan keluarga anda ke Al Rajhi apabila mereka berhajat mengambil pembiayaan peribadi sebanyak RM30,000 (untuk contoh kiraan sahaja) setiap seorang. Sekiranya semua sahabat dan keluarga anda lakukan perkara yang sama, anda akan ada 1,554 sahabat dan keluarga didalam rangkaian anda.

RAIH sehingga RM9.60 dari setiap sahabat setiap kali mereka membuat pembayaran bulanan mengikut jadual pembayaran bulanan dan anda boleh meraih pendapatan tambahan sehingga RM14,900 sebulan.

RAIKAN pencapaian anda! Kini anda berupaya mengurangkan bayaran anda, malah dengan usaha tambahan yang amat mudah ini, anda berupaya melenyapkan sepenuhnya bayaran bulanan untuk pembiayaan Peribadi, Perumahan dan Kenderaan anda.

Anda bolehAFF Bonus Calculatoruntuk membuat kiraan potensi jumlah ganjaran yang boleh anda peroleh dengan caculator yang telah disediakan online.

Jangan tunggu lagi.... Mulakan langkah pertama anda hari ini juga!


Untuk melihat TOP TEN AFF MEMBER, sila Klik Disini

Tahukah Anda Apa Hukum Riba'?

1. Pemakan & pemberi riba' adalah seperti memerangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
2. Riba' menyebabkan kehilangan berkat harta dalam kehidupan.
3. Memakan riba' diumpamakan seperti berzina dengan ibu bapa sendiri.
4. Memakan riba' lebih berat dari 36 kali zina.
5. Riba' adalah salah satu dari 7 dosa besar.


Awas! Riba boleh berlaku didalam pinjaman, akaun simpanan dan pelaburan, didalam penggunaan kad kredit, didalam insurans konvensional dan didalam jual beli perhiasan emas dan perak.

(Rujukan: Buku Wang, Anda dan Islam, Halal dan Haram Kewangan dan Perbankan, Ustaz Zaharudin Abd Rahman, Truewealth Publishing. Sebuah buku yang wajib dibaca oleh setiap individu Muslim termasuk anda. Didalamnya ada dinyatakan dalil-dalil dan hadith yg berkaitan dengan hukum-hukum diatas.)


Pelawat yang dihormati,
Salam Sejahtera!

Terima kasih kerana melayari web ini. Web ini khusus untuk anda yang mempunyai pendapatan dan bercadang untuk membuat pinjaman (sama ada pinjaman peribadi, kenderaan atau perumahan) dari bank. Ianya juga sangat sesuai untuk mereka yang sudah mempunyai pinjaman konvensional (dengan sistem riba) dan berhajat untuk memindahkan baki pinjaman itu kepada bank islamik tanpa riba'.

Semua Orang Meminjam

Didalam kehidupan kita, kita tidak dapat lari dari menggunakan pinjaman sama ada pinjaman kerajaan atau dari bank swasta untuk membeli rumah, kenderaan, pendidikan anak-anak, keperluan peribadi (personal loan) dan sebagainya. Selain dari itu, didalam kegawatan ekonomi global sekarang, mungkin ada diantara kita yang terperangkap dengan penggunaan kad kredit yang melibatkan riba' dan tidak mampu untuk melangsaikan bakinya sekali gus. InsyaAllah, program ini dapat membantu menyelesaikan tanggungan kad kredit tanpa riba'.

Untuk kebanyakan orang, sekurang-kurangnya akan meminjam untuk dua tujuan, pertama untuk membeli rumah kediaman dan kedua adalah untuk membeli kenderaan. Bank memang bersedia malah menjadi tugas utama mereka untuk memberikan pinjaman kepada pelanggan-pelanggan yang berkelayakan. Dari sini lah mereka akan mendapatkan keuntungan.

Walau bagaimana pun kita selalu terperangkap didalam sistem pinjaman yang melibatkan riba. Sebagai orang Islam, kita tidak dibenarkan melibatkan diri dengan riba’. Sebab itulah terdapat banyak dalil-dalil didalam Al-Quran dan juga hadith yang mengharamkan riba’.

Dahulu & Sekarang

Pada zaman dahulu, apabila kita membuat pinjaman dari bank, kita memang tidak ada pilihan, kerana semua bank-bank diMalaysia ini menggunakan sistem yang berunsurkan riba’. Tetapi Alhamdulillah, sekarang dinegara kita telah banyak bank-bank yang memberikan pilihan kepada pelanggannya menggunakan sistem perbankan islam yang tidak melibatkan riba’.

PROGRAM FRIENDS & FAMILY

Pada suku pertama 2008 Al-Rajhi Bank yang menjalankan pengurusannya 100% secara Islam telah memperkenalkan satu program pemasaran dimana anda sebagai pelanggannya akan dibayar dengan ganjaran. Begitu cantik untuk didengar; selain anda dapat melepaskan diri dari riba’ yang memang dilarang oleh agama, kita mendapat ganjaran lagi untuk menjauhinya. Program ini akan membantu bank mendapatkan pelanggan-pelanggan baru disamping anda sebagai pelanggan akan diberikan ganjaran atas usaha anda memperkenalkan kawan-kawan atau ahli keluarga anda kepada pihak bank.

Semakin ramai pelanggan baru anda perkenalkan, semakin banyaklah ganjaran yang akan anda kumpulkan setiap bulan, sehinggakan anda mungkin tidak perlu membayar ansuran pinjaman bulanan anda apabila jumlah bulanan ganjaran anda melebihi jumlah ansuran anda. Seronok bukan? Kita buat pinjaman dari bank, tetapi bank pula tolong bayarkan malah mungkin akan membayar tunai lebihan setiap bulan. Ganjaran ini akan anda terima setiap bulan selama mana pelanggan-pelanggan yang anda perkenalkan itu membuat dan membayar pinjaman. Mungkin sampai anda pencen pun tak habis lagi. Bukankah ini boleh anda jadikan sebagai pencen kedua, dan yang cantiknya ianya halal dan bersih dari riba', dan boleh dipindahkan kepada waris kita.

Al-Rajhi Bank

Al-Rajhi Bank ini baru beberapa tahun bertapak di Malaysia dan sedang giat untuk mendapatkan hati pelanggan di Malaysia. Dengan pengalaman dan cara yang sama yang mereka gunakan di Arab Saudi, mereka melancarkan satu program yang mereka namakan Friends & Family dimana anda akan diberikan ganjaran diatas usaha anda memperkenalkan pelanggan baru yang membuat pinjaman peribadi, perumahan atau pun kenderaan.

Sekiranya anda memerlukan pinjaman sebuah kereta contohnya, bank telah menyediakan satu cara bagaimana anda boleh mengurangkan bayaran bulanan kereta anda itu!!! Mereka menggelarkan program ini 3R! iaitu singkatan 3 perkataan Inggeris iaitu Refer, Reward, Rejoice! atau dalam bahasa Melayunya Rujuk, Raih & Ra'i.

Bagi gulungan muda, anda mungkin memerlukan pinjaman baru. Eloklah kalau terus memulakan pinjaman anda tanpa riba'. Untuk anda yang telah mempunyai pinjaman, mungkin anda akan menimbangkan untuk memindahkan baki (refinance) pinjaman konvensional anda kepada pinjaman tanpa riba'. Kepada anda yang telah mempunyai anak remaja yang sudah bekerja, elok lah kalau anda menggalakkan anak anda itu kepada program ini. Didiklah mereka untuk menjauhi riba' seawal mereka memulakan kehidupan berkarier mereka.

Bagaimana Caranya?

Apa yang anda perlu lakukan untuk mengurangkan bayaran ansuran pinjaman bulanan kenderaan, rumah atau peribadi anda adalah dengan memperkenalkan pelanggan baru untuk memohon pekej pinjaman dari bank Al-Rajhi. Setelah permohonannya diluluskan dan setiap kali beliau membayar bayaran bulanan tepat pada masanya, bank Al-Rajhi akan membayar ganjaran setiap bulan kepada anda. Cantik bukan? Kerja sekali sahaja tetapi ganjarannya akan anda perolehi setiap bulan untuk sepanjang bilangan bulan pinjamannya. Semakin ramai yang anda perkenalkan kepada bank, semakin banyaklah ganjaran yang akan anda perolehi. Hanya semudah itu…

Setiap orang yang anda perkenalkan juga akan mendapat ganjaran yang serupa apabila mereka mengulangi proses diatas. Jadi, sekarang anda boleh merasa lega kerana bank sendiri akan membantu anda membayar sebahagian dari jumlah bayaran bulanan pinjaman anda. Semua akan untung, bank akan untung, anda pun untung dan kawan-kawan & famili anda juga akan untung. Menang-Menang-Menang. Semua akan tersenyum lebar.

Bagaimana Untuk Memohon Menjadi Ahli Progam ‘Friends & Family’

Anda hanya perlu pergi kecawangan Al-Rajhi terdekat dengan anda atau pun pejabat jualannya, dan isikan borang permohonan keahlian 'Friends & Family'. Bayaran yang dikenakan adalah sangat sedikit sahaja, iaitu RM50, dibayar kepada bank, bukan saya. Cuma jangan lupa, anda tidak akan rugi apa-apa sekiranya dibahagian ‘(C) REFERRAL INFORMATION’, anda isikan dengan Nama dan Nombor Keahlian Referral saya iaitu:

REFERRAL NAME: HJ AHMAD BIN HJ YUNUS
REFERRAL MEMBERSHIP NO.: 126220

seperti yang tertera didalam imej berikut:



Anda juga akan digalakkan untuk membuka akaun simpanan atau semasa supaya ganjaran anda nanti akan terus dimasukkan oleh bank kedalam akaun anda setiap bulan.

BONUS (GANJARAN)

Pihak bank akan memberikan anda ganjaran setiap bulan bergantung kepada jumlah pinjaman yang dipinjam oleh ahli yang anda perkenalkan sepanjang tempoh pinjaman sehingga pembayaran tamat. Didalam webnya Al-Rajhi Bank telah menyediakan calculator dimana anda boleh mengetahui jumlah ganjaran yang akan anda terima setiap bulan. SilaAFF Bonus Calculator

Syarat peminjam mudah sahaja, seperti bank-bank lain juga. Untuk kakitangan kerajaan prosesnya akan menjadi lebih mudah dan potongan boleh dibuat melalui biro angkasa. Sekiranya dokumen-dokumen anda lengkap, kelulusan boleh diperoleh atau dapat diketahui dalam masa secepat satu minggu.

Pengurusan bank diiktiraf oleh MAJLIS SYARIAH ANTARABANGSA, 100% Islamik, tiada caj tersembunyi dan tiada caj untuk bayaran pinjaman lewat.

Kenapa Promosi Al-Rajhi Bank Lain Dari Yang Lain?

AlRajhi Bank memperuntukkan sedikit dari jumlah keuntungannya untuk diagihkan kepada pelanggan-pelanggannya sebagai sebahagian dari kos pengiklanannya.

Pihak pengurusan Al-Rajhi Bank telah mengamalkan cara pengiklanan dari mulut kemulut yang mana didapati sangat berkesan disamping menggunakan pengiklanan lain di media elektronik dan media cetak. Oleh yang demikian pihak Al-Rajhi Bank telah bersetuju untuk memberikan terus kepada pelanggan-pelanggannya yang dapat memperkenalkan Al-Rajhi Bank kepada pelanggan-pelanggan baru yang lain. Ganjaran tunai akan dimasukkan terus kedalam akaun simpanan Al-Rajhi anda setiap bulan.

SilaAFF Programuntuk mendapatkan infomasi yang terperinci dan terikini.

Adakah ini MLM?

Ya... Memang ianya sistem MLM yang dianjurkan oleh Al-Rajhi sendiri untuk menggandakan jumlah pelanggannya. Bonus akan diperoleh sehingga ke Level 4 dengan jumlah yang sama untuk setiap Level. Jumlah ahli secara mendatar pada setiap level tiada hadnya. Kerana bank ini menjalankan perniagaannya mengikut syariah 100%, maka tiada yang perlu dikhuatiri tentang halal haramnya. Ianya telah diiktiraf oleh Majlis Syariah Antarabangsa.

Apa yang sangat jelas, jika anda masih terus menggunakan pinjaman dibank-bank bukan Islamik, maka sudah pasti haramnya kerana ada unsur riba'. Sekiranya dizaman dahulu tiada pilihan, tetapi sekarang kita mempunyai pilihan. Jadi fikir fikirkanlah.....

Hubungi Kami:

Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami dengan secara sms/call atau email berikut:

RinggitBuilder.Com
Sila klik logo ini untuk kedunia
bisnez RinggitBuilder.com


HJ AHMAD BIN HJ YUNUS
No. Keahlian/Referral F&F Al-Rajhi: 126220


Website: http://www.ringgitbuilder.com
Email: ringgitbuilder@gmail.com
HP: 017-8828078



Sekiranya anda belum berminat untuk menyertai program ini, kami sangat menghargai dan menggalakkan anda untuk memperkenalkan laman web ini kepada keluarga & kenalan anda. InsyaAllah dengan usaha anda membantu rakan & keluarga menjauhi riba' anda juga akan mendapat ganjarannya didunia dan di akhirat!

Hak Cipta Terpelihara 2009 RinggitBuilder.Com
Disclaimer: Ini adalah laman web peribadi. Ia bukan laman web rasmi syarikat yang disertai. Contoh pendapatan adalah simulasi sahaja dan tidak boleh digunakan untuk apa jua tuntutan. Pendapatan sebenar bergantung kepada usaha setiap peserta dan syarat-syarat syarikat yang dipromosikan. Kami tidak menjamin sebarang pendapatan tanpa disertakan dengan usaha setiap ahli. Sekiranya terdapat data/infomasi yang bercanggah dengan syarikat yang dipromosikan, maka data/infomasi syarikat akan mengatasi (over-ride) data/infomasi yang terdapat didalam web ini dan mestilah diambil kira sebagai data/infoamsi yang terkini, benar dan betul.


Other Businesses/affiliates of RinggitBuilder.Com

perniagaan internet
 
perniagaan internet
 
Rental Property
 
Jadual Waktu